Monday, July 4, 2011

Bersih rumah kita.

Bersih... Bersih.. Bersih..
sibuk satu dunia dengan bersih.
Ya~!! Satu Dunia.. Bukan 1Malaysia je.
Tapi aku duk sibuk memBERSIHkan bilik baru aku ni.(hahaha~)
YUP aku dah pindah dah.. Dapat bilik sorang-sorang |jangan jelez ye|

Friday, May 20, 2011

ntah la belalang~!!

Pukul 2 pagi, Hey Oh (Snow) mengegar keheningan malam. Layan lagu jap, tension, topik endocrine tak khatam lagi. Exam ada berapa belas hari je lagi. Tetiba perut mendayu-dayu lagu RHCP. Arghh..~

Chap, jom layan Ceaser. Lapar. Seriously
Wokep. JomJawapan yang sporting dari kawanku.

Wednesday, May 4, 2011

CERITA

Semalam punya cerita.

Aku baru habis exam practical Physiology. OverallBoleh-lah. Respons yang tipikal aku bagi bila ada orang tanya pasal exam. Tak mahu cakap banyak. Benda yang sudah tu sudah, jangan nak dipanjang lebarkan lagi. Lepas kena soal dengan Doc, aku cepat-cepat keluar dari lab. Kepala otak pikir nak balik rumah je ; nak tidur. Ye lah malam tu aku tidur kjap je. Keluar-keluar je lab tu, ada la budak-budak yang belum kena panggil lagi. Aku lalu selamba je, tak berhenti pon; tak sembang pon dengan diaorang, bukan member kamceng pon. Lain la kalo ada member rapat aku kat situ. On the way out from the lab, tiba-tiba je aku dengar ayat ni dia tengah blur tu

Dalam hati aku Yes~!! Menjadi pon lakonan aku.. hhehehe
(buat-buat blur)

Pagi ni punya cerita.

Satgi, pukul 9 ni ada practical exam biochem. Wokeh revise sikit.. kena skor experiment ni.. malam tadi tak tidur. Hahha~ bukan sebab study ke apa.... sebab dah tidur dari petang sampai malam. Bangun-bangun malam tadi, mamai cari nasik.. hish teruk la..  

Pagi ni, ingat nak minum kopi tapi dah habis. Cari tea bag, owhh.. last night was the last one.. humph.. buat air sirap je la.. adoii.. nasib baik ada sirap ngan gula. Biasalah; awal bulan.. habis stok.

Cerita dunia

Kat dunia maya, ada cerita pasal Osama. Ntah betul ke tak, saya tak tahu. Maya jer, bukan realiti.

Apabila gugur seorang pejuang. 

REAKSI : 

a) Yeke??

b) Tipulah.. 

c) Camna??

d) Tergamam?? 

e) Terdiam?? 

f) Ketakutan??


(ATAU) Tersedar, lalu bangkit sebagai pejuang. 
(bukan berdendam tapi menuju ke arah-NYA)


Kat Malaysia, cerita politik, cerita sosial. Pemerintah, Pembangkang, kerajaan, rakyat, remaja, pelajar, aku tak amik pusing pasal mereka. Cerita sekadar angin lalu. Kadang rasa nyaman, kadang bau busuk longkang. Hakikatnya, apabila angin itu membawa berita. Hati sakit. Jangan kau perlakukan Malaysia ku sebegitu.

Sunday, April 24, 2011

rumah sewa

Aku Nak Pindah~!!
Itu yang bermain-main dimindaku. Walaupun peperiksaan makin hampir, ayat itu makin bergema dalam ventricle otak. Tetapi peperiksaan lagi penting. Masalah rumah ni simple je, cuma tak ada masa yang sesuai untuk mencari rumah sewa baru. Yelah, rumah ni benda penting bukan melibatkan aku pendapat sorang je; orang lain pon terlibat juga. Kan kalau main pilih je, ada yang tak setuju pulak. Jadi kami kenalah gi cari sekali. Ini lah yang jadi masalah ni; rutin hidup masing-masing tak sama. Susah sikitla.

Monday, April 11, 2011

suka

hidup saya sangatlah tak terurus~~!!
adoii.. sedar dop sedar, dah masuk bulan april..

"dan bila april tiba, hati mula berkata"
"setahun lamanya, perkenalan kita~.."
(duk nyayi lagu Fazley la pulop.. heish~)
(yup!! dah setahun dah aku berbloging..|rasanya la..|)

OK!!.. berbalik pada ayat pertama tadi.. hidup aku menjadi tak terurus bila april tiba.. Humphhh~ Kenapa ye??..ada apa sebenarnya dengan April ni?? he..he..he..

TAPI, sebelum pikir pasal tu, |saja nak bagitahu| bulan april ni adalah bulan dimana insan ini dilahirkan.. whahaha.. siapa yer??.. LU PIKIR LA SENDIRI..hints: takde kena mengena ngan mana-mana GADIS.

(Asyik lari topik je..) Sebenarnya, exam yang terdekat buat masa ni pada akhir bulan ni(kot).. Exam practical.. Tapi hidup aku amatlah kucar-kacir, tak produktif... pukul 7-8 pagi baru tidur, malam berjaga, bukannya sebab study pon(ntah apa yg aku buat pon x tahu).. silibus banyak lagi tak cover.. merungut je lebih.. itu-ini-itu-ini.. perancangan nk studi bukan main gempak tapi hampeh.. Adoii..

FYI, bulan april juga dikenali juga sebagai bulan Medicophilic (menatang mende ni??).. Well, Medicophilic is a term derrived from 2 words |1st, Medic=perubatan & 2nd, Philic=suka|. So all together, it means SUKA MEDIC. As we know, I'm kinda heading towards examinations right now. This means, there are no more kuliah(now study leave) but I still have tutorials, revision classes & practical classes. April as Medicophilic month was inspired by PERUBATAN, just as a booster for students to study. huhuhu~ exam dah nak dekat.. nak-tak-nak kena SUKA MEDIC jugak la.. (I love my Netter)

Thursday, April 7, 2011

roomates & me: it's brotherhood

kalau nak diikutkan, hidup aku ni xpernah pon ada bilik sendiri.. what do I mean is I always ended up having roomates.. semua bilik yang pernah aku tinggal kena kongsi dengan orang lain.. humphh whahaha... tak bestnya.. (-.-) huhuhu sedey~.. I always wanted my own personal space, a lair that I can hibernate, eats and do stuffs (hmmm.?? what kind of stuff do you think.. hehhe..)

Tuesday, March 29, 2011

3 THINGS

Bbbrrrlllll~..sejuk nyo~... angin yang sepoi2 bahasa menghembus tetiba menjadi sedikit kurang ajar. Maka, berterbanganlah bersama debu-debu ke mata ku. cheit~!! abes berair mata aku, kepedihan. YUP, aku dah kembali ke Mansoura, tempat dimana aku berhempas-pulas mengejar segulung ijazah dan yang pastinya bukan sekadar itu yang aku cari disini. Perjalanan 15 minit ke Kuliah al-Tib amatlah menyeronokkan, tapi aku akui, agak sukar untuk memulakan langkah pertama..ngeh3x~

DISCLAIMER : Ni bukan lukisan aku.

Penggal kedua yang best.

Perasaan aku lepas masuk penggal kedua bagi tahun 2 ni semacam je.. rasa happy & rajin je.. hahaha. bagus2x semoga tak luntur semangat ini. Mungkin dah ada kesedaran diri, rasa tanggungjawab dah keinginan untuk berjaya. Masalah yang timbul cuba aku hadapi dengan tenang dan secara terbuka/positif. Examination is around the corner and I'm trying to cover all the topics. Setting my goal and shifting to the top gear. tak lupa tekan button NOS. baru laju..ngeh3x.. tapi aku mesti ingat, it is not about speed. kenalah pelan-pelan kayuh, jangan sampai otak penat.(petikan dari lagu "Ku berlari")

Tak Nak Malas-Malas Dah (DISCLAIMER : Bukan lukisan aku juga)


Kisah seorang gadis.

Ini cerita tentang seorang budak perempuan kuliah aku. Agak comel la, aku paling suka bila dia pakai baju kurung ngan tudung biasa. paling x suka bila dia pakai pelik-pelik.. hehehe. Dia ni asal satu negeri ngan aku. Sebenarnya lama jgak la aku 'usha' dia. dari tahun lepas lagi tapi tak pernah pon sembang ngan dia. [secret admire la ni...hahaha~]. Dari pemerhatian aku, dia ni ok-lah. ada banyak jgak kelemahan & kekurangan (ada ke pakai spek cam tu?? haha.. pelik punya pempuan) tapi ada juga kelebihan (matang jgak cara pemikiran dia ni..) Satu lagi tentang dia, dia pon seorang blogger dan blog dia suma tentang hidup dia, kawan, politik, ex-balak dia dan seorang laki yang dia tengah usha..[Adoyaii.. pompuan ni x abes2 citer psal Ex dia, pastu citer psal mamat tu plak.. hampehh tol la].But, all I can say is, there is something about her that keeps attracting me (mungkin sebab ada setan-setan duk main belakang aku ni). Although I know that it just a love bug, the same-old-thing that keep happens to me all the time. Thus, I decide to ignore her, remove her blog from my bookmarks(after months of being anonymous) and hoping she change her blog url(sebab dah terpahat url dia kat pala otak aku). So, blah ko dari hidup aku.

Quote of the day " if she was meant for you, try to leave her and if she keeps appearing, then she yours..ngeh3~"

By the way.. sejak dua-menjak ni mata kami asyik bertembung je.. lama plak dia pandang aku.. direct to both eyes, macam ada something jer.. ahahaha. It's not confidential, I got potential. hahaha~

Politik Malaysia yang makin Hampeh~!! (sucx lol).

Aku dah muak dengan kerenah politik Malaysia. Rata-rata ahli politik Malaysia lebih bersifat bodoh dari bersikap profesional. Tak kiralah dari parti kerajaan atau pembangkang, mahupun pemimpin atau penyokong, semuanya SAMA. Inikah pemimpin kita?? Harus kita ingat, pemimpin kita melambangkan negara. Masuk je parlimen, start la tuduh-menuduh, caci-mencaci, baik tak payah jadi pemimpin. Bukannya nak selesaikan permasalahan ke, mencari penyelesaian ke. Ni tidak, mesti nak menangkan parti masing-masing je. Sampai isu-isu remeh pon nak libatkan parti politik. Come on la. Arghhh.. aku dah muak~!!!

DISCLAIMER : Ni pon bukan lukisan aku

Tuesday, March 1, 2011

FINAL WAVEeee~~

aku ada tengok citer ni..baru je keluar tahun ni.. tahun 2011...hyper-best compare dengan season-season predecessor dia..dan yang aku tengok ni adalah versi negara asal usul dia.. bukan versi re-make dia kat amerika shit nuh....versi re-make dia aku x brapa suka.. xde feeling tengok.... kalo time kecik2 dulu boleh lah jgak aku layan versi amerika tu.. tp skarang malas arhh.. citer x best.. dahlah alter jalan citer dia... mana lah  aku nak ada feel...citer ni aku baru je download.. baru 3 episodes je released kat tenet.. hahahahau.... nak tau citer apa?? ni dia citer tu ......

Saturday, February 19, 2011

Standing

Dah pukul 1.44 pagi.. Faisal x boleh tidur lagi.. skrin laptop ditatapnya sampai terbakar..amat tekun dia membaca.. Ahhaa..Dah khatam satu novel Hlovate.. hhaha.. bapak arhh.. mamat tu layan novel?? bukan stail dia.. tapi ntah macam mana boleh sangkut kat novel Hlovate tu..5Tahun5Bulan karya Hlovate telah menjadi kegemarannya, walaupun hanya di copy dari laman blog penulis tersebut. Timbul niat untuk membeli novel-novel Hlovate.. "arhh~!. dah ada hobi baru" kata hati besarnya.. "takper lah at least hobi yang berfaedah"

Lagu Ella-Standing in the eyes of The World bermain di earpiece, membawa Faisal berlayar mengenang kisah hidup dia.. "skarang ni cuti, tapi buku x bukak-bukak pom" dia merintih mengenangkan sikapnya yang ntah apa2 sejak masuk tahun 2 ni.. "kalo nak berjaya, aku kena consistent" beberapa kali dia cuba memotivasikan diri dia..."okeh, esok aku nak study biokem.." masih lagi dengan sikap suka bertangguh.. humphhh Typical Faisal.. always menangguh perkara yang baik... "could I stand in the eyes of the World, like this??" he asking.

Waktu cuti kat Besut ni.. dia ingin mengumpulkan kekuatan sebelum kembali ke padang perang, memperkemaskan AK47 yang sudah berkarat, reload peluru2 .. walaupun tidak bertaruh nyawa atau menitiskan darah.. dia seorang pejuang.. seorang fisabililah yang menuntut ilmu.. Ya Allah berikan hambaMu ini kekuatan..

p/S: tak pasal-pasal guna ganti nama diri ketiga... ni suma kes baca novel ler nie.. iskh3..bapak jiwang.. hahah

Thursday, February 3, 2011

kami masih disini... berharap

Hari ke-6[ 02/02/2011 ]

malam tu pukul 4.41 pagi, aku terima satu panggillan telefon.. aduhh sapa la yg call malam2 ni..tengok no. cam kenal.. ehh mama call lar.. angkat2..sayu je aku dengar suara mama, macam nak nangis.. "mama abe okey.." satu ayat yang membuatkan perasaan mamaku tenang.. tapi masih ada kebimbangan dibenaknya.. banyak yang dia tanya.. makanan okey, sihat dop.. ada tembak2 dop.. aku jawab "ada lg makanan, sihat, xdok rusuhan sangat kat cni.. kecik2 jah"...lpas dah lama berbual ngan mama.. passing cakap ngan abah plak.. "jangan keluar rumah!!, kalo ye pon gi dalam group.." tegas seorang bapa
aku replied "yess sirr..!!" sempat lagi aku bercanda ngan parent aku.. hahha
  
pagi-pagi hari tu, kecoh satu rumah hari ni... suma pakat duk hepi-hepi.. internet dah ada balik..ahahaha~! alhamdulilah... terus aku on9.. login fb, ym check e-mail.. haha.. ada jgak sahabat2 yang bertanyakan kabar.. terima kasih sahabat.. Petang tu, lepas buat post kat blog aku, pastu aku berYM dengak kakak sulong aku.. haha.. best nyo.. cakap punya cakap.. aku suh dia oyak kat abah ngan mama suh on9..tunggu kjap, mama pon on9.. lama lah aku berbual.. pasal mesir, pasal M'sia.. bila mau balik ....

Malam tu, pukul 3 pagi baru aku tido... tak pasal2 aku stadi sejarah mesir plak.. owhhh baru ku tahu apa yg terjadi.. melalui sumber al-Jazzera.net..

Hari ke-7[ 03/02/2011 ]

Berita Harian cakap.. M'sia dah antar bantuan.. okey ler..aku tunggu je.. datang lar amik.. banyak budak komplen apsal lembab sangat ni..memang betul.. bukannya aku nak kutuk ke apa.. cumaa.. kami bimbang perkara rusuhan ni berlanjutan..cepat2 ler amik tindakan.. terutama kami yg berada di pinggiran ni... alhamdulilah ada reaksi dari M'sia.. tut..tut.. pegawai cakap askar amik kitorang pastu antar ke Jeddah jer.. balik ke KL sendiri tanggung..yang buat aku bengang nya.. kat Berita Harian, TV3, Utusan diaorang cakap kerajaan support 100% selamat sampai kat MALAYSIA.. tapi len citer.. apa nie.. bukanya kami x bersyukur..bukan juga nak paha lagi walaupon betis dah di hidang..... tapi jngan la duk TIPU RAKYAT..bagi berita x sahih... bengang betol lar... lantaklah ko nak cakap apa.. aku nak selamat jer.. jangan sampai kami disini terkapai2..sudahhh..... Petang tu kami terima berita.. esok askar akan datang amik kami antar ke Alexanderia.. masuk jer Isyak dah tukar plan.. xjadi plak esok.. hari sabtu plak.. sebab esok rakyat mesir nak wat protest besaran kat Alexandria.. kang aku dah cakap.. yang lambat sangat antar bantuan tu apasal.. benda camni lah aku takut jadi nya..bila keadaan dah makin buruk...
alih2 tukar tarikh plops.. kang aku dah cakak doh,, nok travel time tngah gawat camni??.. dahla Alex tu tempat orng wat rusuhan

Malam tu, member aku yg duk kat umah bawah(panggilan manja dia Boo yg juga housemate Aiman..) ajak  kami satu rumah makan kat umah dia.. terbaik lah kau Boo.. didalam kekacau-bilauan tu, ukuwah kami masih lagi kuat.... alhamdulilah..Thank You ALLAH..

Wednesday, February 2, 2011

huru-hara winter breaks : part II

Hari ke-4

hari ni, kawan aku yang juga roomate(Acap) aku bertanya "oii, Faisal.. ko xmau refill stock makanan kau ke?
aku tengok stok kau dah abes dah" aku tanya dia balik "apasal.. ko nk pau ke?"  dia pon jawab. " xlah...Pak arab suma dok shopping sakan dah tu, makanan pon, dah nak abes kena sapu kat kedai tu..licin baik ko pegi sopping dulu.." ...."laa.. teruk sangat ke mesir skarang ni.." jawab aku yang tak kisah sangat pasal makanan ni..yang aku risau ni pasal pasport aku ni.. tak amik lagi kat opis..Tanpa membuang masa, aku pon cepat2 la mandi...dah sudah mandi, aku tunggu zohor dulu.. pastu aku rempit (jalan kaki je) ke opis madam Syaima dengan mamber aku sorang lagi, Afiq..yang Acap ngan Jimmy tu dok sibuk shopping stock makanan...

huru-hara Winter breaks

baru je habis exam midterm.. bukak facebook.
ada budak kuliah aku bagi warning
"esok hati-hati.. lepas smayang jumaat terus balik rumah"
(ni bukan citer org xpuas hati ngan aku deh..)
(xder sapa nak pukul aku yg baik ni hahhaa..)
mula-mula tu aku ingat kes church kena bom rupa2 kes lain plak
jom ikuti pengalaman winter breaks aku..

Monday, January 24, 2011

last madah for midterm

3 madah dah berlalu..
satu lagi mendatang..
lepas abes exam ni cuti [yes!!]
terasa makin tercabar dengan mood cuti
makin malas nak sentuh buku
facing book(facebook) boleh plak..
ishk..iskh3..

ramai bertanya : cuti ni xmo gi melancong mana2 kow??
aku menjawab : dop tahu lah.. dop kot.. lilex rumah kot..

yup.. I made my mind.. nak duk umah je..
belek-belek buku, keluar bila nak cari makan je,
layan movie banyak2.. round2 sekitar Mansourah je~! ..
malas nak pegi melancong tahun ni...poket pon tengah kempis ni..
baru jer bentang bajet 2011..tapi aku nak tambah bajet..wahaha~
[aku nak beli kasut baru...]
ikut suka lah kan..

wokey. exam x abes lgi.. lgi dua hari lg...
ayuhhhh... last paper aku nak markah penuh..
mcq 15 soklan je.. xkan x leh skor kot.. InsyaAllah..

p/s: nak beli kasut cap apa hah???
[hoiii..fokus!! fokus!!.. histologi last paper..]

Thursday, January 6, 2011

aku dan alasan

sering kali aku berkata..
tetapi jarang aku bermunasabah diri..
dan sering kali itu juga aku beralasan..
cuma mahu menutup kelemahan diri...

aku kata aku akan berubah..cumalah sekadar alasan..
hanyalah tebu ditepi bibir..
kata-kata manis yang dituturkan..
tetapi tak  pernah di digest menjadi hasil..

Monday, January 3, 2011

aku lapar~!

adoyaii..
lapar... lapar.. lapar..
nak masak malas..
nak pegi kedai beli  makanan..
baru pukul 7 suku pagi..
mane lah ada kedai buka..
kedai "7-eleben" adalah kat sbelah apartment aku ni

last2 indomie jgak aku tibai karang..plus telur goreng..
dah lah x tido malam tadi.(xbleh tido).. 
lpas subuh baru mata nak pedih.. 
kalo tido kan kompem pkol 2 petang bru bangun..
ari ni xleh monteng.. ada kuiz biokem..
kalo x gi.. letih2 jela aku stayed up..

pape pon... lapar~!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...