Wednesday, May 4, 2011

CERITA

Semalam punya cerita.

Aku baru habis exam practical Physiology. OverallBoleh-lah. Respons yang tipikal aku bagi bila ada orang tanya pasal exam. Tak mahu cakap banyak. Benda yang sudah tu sudah, jangan nak dipanjang lebarkan lagi. Lepas kena soal dengan Doc, aku cepat-cepat keluar dari lab. Kepala otak pikir nak balik rumah je ; nak tidur. Ye lah malam tu aku tidur kjap je. Keluar-keluar je lab tu, ada la budak-budak yang belum kena panggil lagi. Aku lalu selamba je, tak berhenti pon; tak sembang pon dengan diaorang, bukan member kamceng pon. Lain la kalo ada member rapat aku kat situ. On the way out from the lab, tiba-tiba je aku dengar ayat ni dia tengah blur tu

Dalam hati aku Yes~!! Menjadi pon lakonan aku.. hhehehe
(buat-buat blur)

Pagi ni punya cerita.

Satgi, pukul 9 ni ada practical exam biochem. Wokeh revise sikit.. kena skor experiment ni.. malam tadi tak tidur. Hahha~ bukan sebab study ke apa.... sebab dah tidur dari petang sampai malam. Bangun-bangun malam tadi, mamai cari nasik.. hish teruk la..  

Pagi ni, ingat nak minum kopi tapi dah habis. Cari tea bag, owhh.. last night was the last one.. humph.. buat air sirap je la.. adoii.. nasib baik ada sirap ngan gula. Biasalah; awal bulan.. habis stok.

Cerita dunia

Kat dunia maya, ada cerita pasal Osama. Ntah betul ke tak, saya tak tahu. Maya jer, bukan realiti.

Apabila gugur seorang pejuang. 

REAKSI : 

a) Yeke??

b) Tipulah.. 

c) Camna??

d) Tergamam?? 

e) Terdiam?? 

f) Ketakutan??


(ATAU) Tersedar, lalu bangkit sebagai pejuang. 
(bukan berdendam tapi menuju ke arah-NYA)


Kat Malaysia, cerita politik, cerita sosial. Pemerintah, Pembangkang, kerajaan, rakyat, remaja, pelajar, aku tak amik pusing pasal mereka. Cerita sekadar angin lalu. Kadang rasa nyaman, kadang bau busuk longkang. Hakikatnya, apabila angin itu membawa berita. Hati sakit. Jangan kau perlakukan Malaysia ku sebegitu.

1 comment:

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...