Sunday, April 24, 2011

rumah sewa

Aku Nak Pindah~!!
Itu yang bermain-main dimindaku. Walaupun peperiksaan makin hampir, ayat itu makin bergema dalam ventricle otak. Tetapi peperiksaan lagi penting. Masalah rumah ni simple je, cuma tak ada masa yang sesuai untuk mencari rumah sewa baru. Yelah, rumah ni benda penting bukan melibatkan aku pendapat sorang je; orang lain pon terlibat juga. Kan kalau main pilih je, ada yang tak setuju pulak. Jadi kami kenalah gi cari sekali. Ini lah yang jadi masalah ni; rutin hidup masing-masing tak sama. Susah sikitla.

Kenapa aku nak pindah??
Ada tiga sebab kenapa aku nak pindah [macam familiar je.. hahaha~]


Sebab pertama : Masalah rumah.

          Rumah yang aku duduk sekarang ni bermasalah (ada hantu ke??) Rumah ni lama dah tak buat maintenance. Jadi banyak barang rosak. Contohnya sinki dapur tersumbat, paip loose, low water pressure, lampu kelip-kelip dan macam-macam la (cerewet nyo~!!). Biasalah, rumah sewa memang banyak masalah. Bukannya tak mau mencemar duli baiki sendiri sink tu, tapi kalau dah main drainage dia yang sumbat lemak aku nak wat camna kan.. Kalau upah tukang, bukannya boleh claim kat tuan rumah pon. Nak-nak bila berurusan ngan orang arab ni. Kalau report kang, tuan rumah charge lebih la plak. Benda dah uzur, bukan kami yang buat rosak. Apalah~!!

bukan mendalah ni yang tersumbat..
DISCLAIMER : ni bukan sinki rumah aku (patut lawa pon) 


Main drainage ni yang sumbat.. mana lah boleh betul.. kena upah pomen jgop 

Sebab kedua : Ahli rumah.

          Asalnya rumah ni ada 5 orang penghuni. Harga sewa sebulan 1500 L.E.(kira sendiri sorang kena bayar berapa). Nak katakan cerita ni tragis, sorang ahli nak check-out atas sebab tertentu (malas nak cerita^ ^). So, sewa tu kena bahagi kepada 4 individu sahaja. MAHAL LAWEII~!!! Tu tak masuk bil letrik-air-gas.. [1 L.E=RM0.50 approx.]


Sebab ketiga : Aku nak bilik sendiri.

          Yang ni mungkin masalah aku. Rumah sekarang ni ada 4 bilik, ahli ada 5. Takdir yang menentukan aku dapat roommate atas cabutan xbertuah sebelum ni. Masalah berkongsi bilik ni aku chill jer. Roommate aku pon chill jgak. Yang menjadi masalahnya, apabila majority ahli bait(rumah) membuat akta S-3/5 yang menyatakan sewa tidak dikira berdasar harga untuk satu bilik tetapi atas dasar satu kepala. So, rugilah. Bayar sama rata, tapi bilik kena kongsi. Kau, kau & engkau enjoy je. Aku yang kena support separuh sewa kau,kau & engkau.[Do your math~!]


Kesimpulannya, kenalah pindah.. whahaha~ Bila la nak selesai masalah ni   ( -.-). Hari tu dah pergi cari.. takde yang best. 
Well better keep searching

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...