Monday, July 4, 2011

Bersih rumah kita.

Bersih... Bersih.. Bersih..
sibuk satu dunia dengan bersih.
Ya~!! Satu Dunia.. Bukan 1Malaysia je.
Tapi aku duk sibuk memBERSIHkan bilik baru aku ni.(hahaha~)
YUP aku dah pindah dah.. Dapat bilik sorang-sorang |jangan jelez ye|


Ramai rakyat malaysia dah merantau ke seluruh pelusuk dunia. Kat Jepun, United kingdom, Paris, New York, Hong Kong, Australia, Korea, Jordan & ect... tak lupa juga yang berada kat Mesir ni. Kita berjalan di pentas dunia and saying "Hello I'm from Malaysia".. Tapi korang rasa la.. Malaysia ni femes ke dop?? Kalo femes pon femes dengan apa ye.. Kalo Amereka tu femes ngan sikap Busybody nok terlibat dalam perang. Kalo jepun tu femes dengan Anime & Kamen Raider.. dok lupa juga lah kat Doremon ngan Nobita. Kalo Korea tu toksoh cerita lah.. Kpop & ect. Tapi Negara kita ni terkenal dengan apa.?? F-One kot, dop pon Monsoon Cup (Proud!! I'm from Terengganu). But is that enough?? What WE gain from those things? Just feeling Proud??

Dulu dunia dan aku dikejutkan dengan fenomena pan-arab dimana masyarakat arab bangkit menyuarakan ketidakpuasan diorang kat pemimpin diorang. Seluruh dunia tertumpu kepada mereka. TERKENAL NAMA MEREKA.. Perghh..~!! Gua salut la lu Brothers & Sisters. Sanggup mati kena tembak dari hidup bawah kurma-besi pemimpin yg korup. Terpikir sejenak... sejauh manakah kita nak negara kita ni BERSIH. Sampai tahap manakah kita sanggup pergi. Sangupkah mati demi Maruah, Hak dan Kebebasan? Mampukah kita buat sesuatu yang membuatkan kita tampil di muka dunia?. Biar dunia salut kita, kerana keberanian kita bersuara menuntut hak kita.

Lepas kita berjaya membersihkan rumah. kekalkah kebersihan itu? Kadang-kadang ada juga kita buat parti dop?? dop kira lah parti kecil ke, parti besar ke, kenduri kawen ke, birthday party ke, parti politik ke.. mesti bersepah balik rumah kita kan.. Adakah tiap kali "berparti" kita kena bersihkan rumah kita.. papercups, paper plate, spilled drinks, leftover foods BERSEPAH, tak bersih dah... Apa kita perlu buat.. Nak berparti pon buat lah elok-elok.. jangan la buat parti liar macam orang barat nuh..

Perlukah ada Bersih 3.0 lepas Bersih 2.0... pikir pikir balik knapa Bersih 2.0.. tak kuat lagikah laungan Bersih tu?? Lets shout it outloud. bukan kat Shoutbox blog je.. Let show the world that Malaysians can roar like harimau malaya.

Sebelum saya mengundur diri.. jom tengok citer stephen chow dulu.. terbaik~!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...