Wednesday, May 4, 2011

CERITA

Semalam punya cerita.

Aku baru habis exam practical Physiology. Overall“Boleh-lah”. Respons yang tipikal aku bagi bila ada orang tanya pasal exam. Tak mahu cakap banyak. Benda yang sudah tu sudah, jangan nak dipanjang lebarkan lagi. Lepas kena soal dengan Doc, aku cepat-cepat keluar dari lab. Kepala otak pikir nak balik rumah je ; nak tidur. Ye lah malam tu aku tidur kjap je. Keluar-keluar je lab tu, ada la budak-budak yang belum kena panggil lagi. Aku lalu selamba je, tak berhenti pon; tak sembang pon dengan diaorang, bukan member kamceng pon. Lain la kalo ada member rapat aku kat situ. On the way out from the lab, tiba-tiba je aku dengar ayat ni “dia tengah blur tu”

Dalam hati aku “Yes~!! Menjadi pon lakonan aku.. hhehehe”
(buat-buat blur)

Pagi ni punya cerita.

Satgi, pukul 9 ni ada practical exam biochem. Wokeh revise sikit.. kena skor experiment ni.. malam tadi tak tidur. Hahha~ bukan sebab study ke apa.... sebab dah tidur dari petang sampai malam. Bangun-bangun malam tadi, mamai cari nasik.. hish teruk la..  

Pagi ni, ingat nak minum kopi tapi dah habis. Cari tea bag, owhh.. last night was the last one.. humph.. buat air sirap je la.. adoii.. nasib baik ada sirap ngan gula. Biasalah; awal bulan.. habis stok.

Cerita dunia

Kat dunia maya, ada cerita pasal Osama. Ntah betul ke tak, saya tak tahu. Maya jer, bukan realiti.

Apabila gugur seorang pejuang. 

REAKSI : 

a) Yeke??

b) Tipulah.. 

c) Camna??

d) Tergamam?? 

e) Terdiam?? 

f) Ketakutan??


(ATAU) Tersedar, lalu bangkit sebagai pejuang. 
(bukan berdendam tapi menuju ke arah-NYA)


Kat Malaysia, cerita politik, cerita sosial. Pemerintah, Pembangkang, kerajaan, rakyat, remaja, pelajar, aku tak amik pusing pasal mereka. Cerita sekadar angin lalu. Kadang rasa nyaman, kadang bau busuk longkang. Hakikatnya, apabila angin itu membawa berita. Hati sakit. Jangan kau perlakukan Malaysia ku sebegitu.

Sunday, April 24, 2011

rumah sewa

Aku Nak Pindah~!!
Itu yang bermain-main dimindaku. Walaupun peperiksaan makin hampir, ayat itu makin bergema dalam ventricle otak. Tetapi peperiksaan lagi penting. Masalah rumah ni simple je, cuma tak ada masa yang sesuai untuk mencari rumah sewa baru. Yelah, rumah ni benda penting bukan melibatkan aku pendapat sorang je; orang lain pon terlibat juga. Kan kalau main pilih je, ada yang tak setuju pulak. Jadi kami kenalah gi cari sekali. Ini lah yang jadi masalah ni; rutin hidup masing-masing tak sama. Susah sikitla.

Monday, April 11, 2011

suka

hidup saya sangatlah tak terurus~~!!
adoii.. sedar dop sedar, dah masuk bulan april..

"dan bila april tiba, hati mula berkata"
"setahun lamanya, perkenalan kita~.."
(duk nyayi lagu Fazley la pulop.. heish~)
(yup!! dah setahun dah aku berbloging..|rasanya la..|)

OK!!.. berbalik pada ayat pertama tadi.. hidup aku menjadi tak terurus bila april tiba.. Humphhh~ Kenapa ye??..ada apa sebenarnya dengan April ni?? he..he..he..

TAPI, sebelum pikir pasal tu, |saja nak bagitahu| bulan april ni adalah bulan dimana insan ini dilahirkan.. whahaha.. siapa yer??.. LU PIKIR LA SENDIRI..hints: takde kena mengena ngan mana-mana GADIS.

(Asyik lari topik je..) Sebenarnya, exam yang terdekat buat masa ni pada akhir bulan ni(kot).. Exam practical.. Tapi hidup aku amatlah kucar-kacir, tak produktif... pukul 7-8 pagi baru tidur, malam berjaga, bukannya sebab study pon(ntah apa yg aku buat pon x tahu).. silibus banyak lagi tak cover.. merungut je lebih.. itu-ini-itu-ini.. perancangan nk studi bukan main gempak tapi hampeh.. Adoii..

FYI, bulan april juga dikenali juga sebagai bulan Medicophilic (menatang mende ni??).. Well, Medicophilic is a term derrived from 2 words |1st, Medic=perubatan & 2nd, Philic=suka|. So all together, it means SUKA MEDIC. As we know, I'm kinda heading towards examinations right now. This means, there are no more kuliah(now study leave) but I still have tutorials, revision classes & practical classes. April as Medicophilic month was inspired by PERUBATAN, just as a booster for students to study. huhuhu~ exam dah nak dekat.. nak-tak-nak kena SUKA MEDIC jugak la.. (I love my Netter)

Thursday, April 7, 2011

roomates & me: it's brotherhood

kalau nak diikutkan, hidup aku ni xpernah pon ada bilik sendiri.. what do I mean is I always ended up having roomates.. semua bilik yang pernah aku tinggal kena kongsi dengan orang lain.. humphh whahaha... tak bestnya.. (-.-) huhuhu sedey~.. I always wanted my own personal space, a lair that I can hibernate, eats and do stuffs (hmmm.?? what kind of stuff do you think.. hehhe..)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...