Monday, November 15, 2010

kawan

emm....tajuk ni agak menarik...
kawan... kawan... kawan...
apa maksudnya. aku pun tak pasti.
kadang-kadang.. aku rasa perlukah kita berkawan??
bukannya nak jadi anti-sosial ke... apa ke..
tapi ada peristiwa yang melanda diriku sejak akhir-akhir ni..
yang membuatkan aku mempersoalkan erti persahabatan..

yelah.. baru-baru ni. aku ada mengalami satu permasalahan yang agak besar bagi diriku dan aku memerlukan bantuan dari insan yang bergelar kawan/sahabat/friend. 
Lantas, aku menghubungi seorang kawan (melalui facebook chat kerana dia dan aku berada di kawasan yg berlainan)

Pada mulanya.. aku tidak memberitahu yang aku memerlukan pertolongannya.. sekadar berborak kosong.. sampai saat dan ketika..aku menceritakan masalah yang aku alami dan meminta pertolongan dia. lepas itu senyap je..tiada respond.
(sampailah lanpu hijau bertukar menjadi bulan sabit)..
takpelah... mungkin dia tak boleh bantu...

aku menghubungi seorang lagi insan yang aku anggap sebagai kawan.. yelah. mungkin yang ni boleh tolong.. akhirnya perkara yang sama berlaku. namun hero tak putus asa, jalan baru dicari. aku cuba menghubungi kawan-kawan aku yang lain.. umphh.. sama je diaorang ni...semua senyap je..
pada mula-mula tu chat bukan main rancak lagi...
pot pet pot pet.. bila mintak tolong.. HAMPEH~!

setelah semuanya berlaku..,
timbul satu persoalan di mindaku..
kenapa susah sangat nak tolong aku.
bukannya berat pun permintaan aku.
entahlah.. tak tahu nak salahkan siapa.
adakah aku ni tak pernah tolong diaorang..
rasanya pernah juga aku tolong mereka.
atau adakah aku memilih orang yang salah untuk berkawan...
atau sebenarnya tidak ada istilah kawan sebenarnya..
yang ada hanya berkawan atas kepentingan diri ..
aku pun tak mengerti... mungkin aku masih mentah lagi..
mentah dalam dunia PERSAHABATAN ini.

p/s : takpelah sabar je.. jangan melenting~!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...